Yayasan
Amal Trust
Yayasan Amal Trust yang baru berusia setahun diwujudkan bagi membantu
usahawan Malaysia yang berniaga secara online dan fizikal.
Menerusi Projek Usahasama dengan Usahawan yang digerakkan oleh Yayasan
Amal Trust peniaga kecil dan sederhana yang giat berniaga ditawarkan
minima berjumlah RM10,000.
Fasa pertama Projek Usahasama dengan Usahawan ini dibuka kepada 1,000
orang peniaga sama ada menjalankan perniagaan secara online atau pun
secara fizikal di seluruh negara.
Dengan sentuhan modal minima RM10,000 yang diberi kepada usahawan atau
peniaga kecil dan sederhana ini, Yayasan Amal Trust dapat bantu secara
holistik dalam perniagaan yang dijalankan.
Modal RM10,000 yang dihulurkan kepada usahawan atau peniaga, akan
dipastikan menjana pendapatan peniaga itu dengan cara yang betul.
Berpegang kepada prinsip, usahawan bukan dibentuk tetapi dilahirkan,
Projek Usahasama dengan Usahawan ini turut menawarkan bantuan menyediakan
kertas kerja yang mana, tidak ramai yang tahu bagaimanakah caranya untuk
membuat satu kertas kerja yang lengkap.
Selain daripada itu, usahawan atau peniaga yang ingin mendapatkan bantuan
menerusi Program Usahasama ini, perlu terlebih dahulu mendaftar perniagaan
mereka dengan SSM.
Berdaftar dengan SSM, warganegara Malaysia, bawa kad pengenalan dan Amal
Trust akan bantu segala aspek termasuk pemasaran, memantau sistem
kewangan, aliran tunai dan diajar juga cara-cara membaca kenyataan untung
dan rugi.
