Melabur Di Pasaran patuh Syariah & Nikmati Pulangan Setiap Bulan Yang Konsisten
Tentang kami
Amal Trust
AMAL TRUST adalah merupakan satu nama pada sijil kewangan yang seakan sama dengan surat hutang Islam.
AMAL TRUST juga boleh didefinisikan sebagai sijil bernilai dengan sebahagian atau keseluruhan dari
pemilikan harta dalam mendapatkan hasil dan jasa dalam kepemilikan aset ataupun AMAL TRUST adalah
surat yang berharga yang sangat sesuai dengan syariah Islam yang berprinsip melarang pembayaran riba.
Permintaan terhadap AMAL TRUST semakin memberangsangkan kerana ianya telah berkembang dengan begitu pesat
dan menjadi antara peluang pelaburan yang menawarkan risiko yang rendah, pendapatan yang tetap
serta berlandaskan syariah.
AMAL TRUST juga boleh dikenali dengan nama Bon Patuh Syariah dan terdapat persamaan antara AMAL TRUST dengan bon
konvesional seperti mempunyai tempoh matang, kupon profit dan boleh dijual beli pada harga hasil.
Walau terdapat persamaan antara AMAL TRUST dengan bon konvesional namun perbezaan juga adalah amat ketara
iaitu bon konvesional adalah merupakan klaim seseorang pelabur pada aliran wang di masa hadapan
kepada pihak yang mengeluarkan bon.

Mudah & Cepat untuk Dicairkan
Pelabur AMAL TRUST dapat menjual sekuriti ke pasaran ke dua pada bila-bila masa yang diinginkan untuk mendapatkan hasil sesuai dengan sijil yang dimiliki

Boleh Dicapai Warga Umum
Melalui dana AMAL TRUST yang dilaburkan, siapa pun boleh membantu membiayai anggaran negara, memperluas portfolio pelaburan, dan menjamin tertib pengurusan & pengelolaan Barang Milik Negara & Persendirian (Awam)

Risiko Relatif Kecil
Risiko dalam AMAL TRUST juga tidak boleh untuk dimanipulasi kerana keuntungan dan kerugian dalam AMAL TRUST bergantung kepada aset nyata yang nilainya dapat dibuktikan.
DAPATKAN INFO PERCUMA
JENIS AMAL TRUST
-
IJARAH
Berdasarkan kepada pembelian atau penyewaan sesuatu aset melalui kontrak, bayaran sewa dan lain-lain lagi.
Ianya adalah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan ciri-ciri asas pada AMAL TRUST ini ialah penekanan kepada kontrak yang mana pemegang sijil kontrak adalah bukan pemilik aset tersebut. Manakala sewaan pula adalah melibatkan orang ketiga. -
MUDHARABAH
Berkaitan dengan pelaburan dan pemilikan ekuiti Mudharabah merupakan pemilik aset. Pemilik aset akan menyerahkan kepada pihak yang ketiga bagi bertanggungjawab dalam menguruskan aset tersebut.
Manakala apabila mendapat keuntungan, maka ianya akan dibahagikan berdasarkan kepada persetujuan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. -
MUSYARAKAH
Pelaburan yang melibatkan perwakilan ekuiti Musyarakah yang bermaksud perkongsian pemilikan yang melibatkan lebih dari dua orang individu dalam menubuhkan sesuatu perniagaan.
Pembahagian keuntungan atau pun kerugian adalah berdasarkan kepada kadar pemilikan ekuiti. Tujuan AMAL TRUST ini adalah untuk mendapatkan dana dalam sesuatu projek dan juga mengembangankan kepada projek yang sedia ada. -
SALAM
Sijil pelaburan yang diterbitkan pada nilai yang sama dan bertujuan dalam menggerakkan simpanan atau dengan kata lain, pemegang sijil akan mengeluarkan simpanan terlebih dahulu dan akan diperolehi pada waktu-waktu yang tertentu yang telah ditetapkan.
Pemegang-pemegang sijil berhak ke atas pelaburan yang diceburi itu. Konsep ini menerapkan konsep keikhlasan dan tabarru’.